sambungan di…

~surat cinta~

org terharu sgt, gembira pn ada, suka, hepi, excited, sedih..semua perasaan ada..dan yg paling penting, terkejut sgt, yela, mana nk sangka dpt surat cinta dari cik mot lillah ngn cik mot romlah..dah la tgh2 malam, tetiba ja bila msuk bilik, nmpak surat note ada meja..pelik gak la..pastu ada satu beg kertas, yg isi kat dalamnya…jeng3..minuman radix n gula2..waaa…sukanya, dapat hadiah, makanan plak tu..hehehe

ok2,nk serius sket la..hehehe

terima kasih byk2 sbb igt org, anggap org sbg sahabat baik. walaupun org hilang org yg terdekat, yg rapat ngn org, tp Allah tetap bg org penggantinya sbb Dia Maha Penyayang. rasa sedih, tp org hepi sgt sbb org masih ada sahabat2 yg terbaik buat org..luv u all..ukhuwah yg terbina hmpir 3 thun ni, xmungkin org akan sia2kan mcm tu ja. sayang sgt..

ok,skrg msuk part hepi2 lak.xnak serius dh..

eeeiiii xsabar rsa nk gi dating ngn cikmot lillah n cikmot romlah (ish,pnjang btol nma dua2 cikmot kita ni.hehe)..nnti kita pakai comel2, eh,silap2, lillah n romlah kna pakai comot2 tau.hehe..pastu kita amik gmbo byk2.time tu xnk pki apa2 lg, biar rasa tenang,xserabut ngn masalah,keja2 yg berlmbak ni..huhu..nnti jgn lupa igtkan org tau bila nk pi dating sesama.tkut terlupa.huhu

kat sini, sya lampirkan sekali surat cikmot lillah ngn cikmot romlah. type balik ni tau.tgh2 mlm..huhu

~ni surat cikmot lillah~

Dear cik motmot ku yg comot… Kecomotan mu terserlah x perlu disorok..hehe.Tp itulah yg menambat hatiku yg comel ini..haha.Stdy sunguh-sungguh. Buat fyp sungguh-sungguh..cpt2 skit siapkan..Lpas habis kita leh trun gi KL..hehe..walaupun rumah cheq x best mana..cheq jemput motmot dtg..

Lg 3 mggu ada appointment ngn doctor..cheq balik ye..romlah da nk pergi..isk isk..jgn buli2 dia sgt..nnti bertambah rindu..hehe..sesekali bagila dia chance menang ye motmot..

Motmot ku sayang.. Nnti masa kita kuar gi dating, nk beli something yg kita bertiga leh buat kenangan. Apa2 je la..hehe Pastu.. erm..pakai comel2 ye..kita gi jln2 kat sana.. 3 thun berlalu dengan cepat..next sem masa extend da x sama..lillah mgkin da x stay di campuss..romlah pn xtau bila dia habis sem. Apa yg penting kita buat yg terbaik sementara diberi kesempatan ni.. Em..buruknya tulisan (mengaku)

Ada gula2 kopi supaya msa stay up x boring..hehe But make sure gosok gigi sblm tdo tau! (gula2 culik dari simpanan mak) Pastu motmot suka radix kan.. Amik la..hehe..ok la motmot.. Stdy sungguh2..smua org mendoakan kejayaan motmot.. Chaiyoo2!! Motmot boleh! Sayang sama kamu motmot.. Luv u motmot comot!!

~ni lak surat romlah comot~

Assalamualaikum.. Kehadapan sahabatku yg dikasihi (skema bapuk..keh3)..org harap sahabat yg dikasihi ini berada dlm keadaan sihat (fizikal+mental+rohani), gmbira dan sentiasa dlm limpah berkat dariNya.

Buat pengetahuan sahabat, diri ini berada dlm keadaan sihat dan gmbira dgn kehadiran sahabat2 sekalian (cik mot, motmot & the geng..hehe). diri ini juga terasa “kuat” berkat sokongan dan dorongan dri sahbat2.. Sahabatku yg dikasihi (motmot) merangkap ketua kumpulan comot, harap sentiasa diberi kekuatan dlm menempuh dugaan, cabaran, rintangan di hari2 mendatang. Motmot kena tnjukkan kekuatan sbb motmot ketua. Tak boleh jd lemah, tkut nnti anak2 buah pijak kepala..ngeh3 (gurau je).

Motmot yg comel, senyum2 selalu supaya bertmbah kecomelannya. Takmau tgk motmot sedih.. motmot ku,jgn main2 lg, rajin2 stdy..nnti ada test kan?? Good luck dan semoga dipermudahkan. Motmot, igtlah memori2 kita bersama..esp kalau rsa sunyi & keseorangan..insyaAllah kami sentiasa di hati (mungkin org pi nnti.huhu)..xpe, jauh di mata, insyaAllah dekat di hati..

Gambate 4 ur life !! insyaAllah Allah tu Maha Pemurah..Maha Mengetahui..Maha Penyayang..Maha Mendengar & etc (xlarat nk tulis,byk sgt..huhu) banyakkan berdoa padaNya..insyaAllah Dia akan mendengar & insyaAllah akan dimakbulkan..doakan yg terbaik utk smua & utk segala segi.. banyakkan bersabar.. pe2 hal, igtlah kitaorg..sahabatmu sentiasa di sisi insyaAllah selagi diizinkan Allah.. percayalah..Dia Maha Mengetahui..dan Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya.. thank u so much!!!

thank u so much utk lillah n romlah jugak..

megah tiada dara..

MEGAH TIADA DARA

“megah tiada dara”. kemegahan kepada sesuatu yang tidak masuk akal. jika difikirkan sedalam-dalamnya, sewaras-warasnya, apakah yang mereka dapat dengan melakukan sesuatu yang terkutuk seperti itu? keseronokan? kebanggaan? kepuasan?

apakah yang menyebabkan remaja masa ini terdorong untuk melakukan seks rambang walaupun seawal usia? di mana silapnya? dan apakah punca di sebaliknya? tidakkah mereka terfikir kesan dan akibat buruk ke atas perbuatan mereka. tidakkah mereka terfikir akan masa depan mereka nanti.

seperti yang dapat kita lihat sekarang ini, banyak pengaruh-pengaruh buruk yang boleh merosakkan moral anak-anak remaja khususnya. media merupakan pengaruh besar yang paling sukar dikawal. dapat kita lihat terlalu banyak iklan-iklan di televisyen yang terlalu ke arah ‘kelucahan’.

perkara ini sukar dibendung jika pihak-pihak yang terlibat masih tidak sedar akan kesan buruk daripada iklan-iklan tersebut kepada anak-anak remaja sekarang. contohnya seperti produk ‘kopi jantan’, ‘kopi perawan’ dan sebagainya. apakah yang terjadi jika anak-anak yang masih kecil menonton iklan-iklan seperti itu? dan sebagai ibu bapa, apakah yang wajar dijelaskan kepada anak-anak mereka jika ditanya berkenaan apa yang disampaikan menerusi iklan tersebut. dan andai dikatakan bahawa iklan tersebut hanya disiarkan lewat malam dengan beranggapan anak-anak sudah tidur, tanggapan seperti itu tidak boleh lagi diguna pakai kerana kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak berpuluh-puluh tahun dahulu yang langsung tiada hiburan, mereka kini boleh dikatakan sudah moden dan berteknologi canggih dan sepanjang proses pembesaran mereka telah dihidang dengan pelbagai unsur-unsur yang negatif. jadi tidak hairannya, pengaruh media sangat memberi kesan ke atas diri mereka sama ada baik atau buruk. bersyukur jika pengaruh baik yang diserap dalam diri mereka, tapi bagaimana pula jika pengaruh yang buruk yang meresap ke dalam jiwa mereka? maka terjadilah perkara-perkara yang sungguh memalukan ini seperti yang selalu kita lihat dalam akhbar sejak akhir-akhir ini. buang anak, mayat bayi ditemui dalam tandas, di tepi-tepi tempat pembuangan sampah.

sekarang kita lihat dari sudut remaja sendiri. di mana silapnya? tidakkah mereka terfikir akan hancurnya masa depan mereka sendiri andai sekali terlibat dalam aktiviti ini. apakah tidak penting ‘virgin’ atau dengan kata lain, dara bagi mereka? tidak terfikirkah mereka andai suatu hari apabila mereka akan berkahwin, pasti perasaan menyesal menebal dalam diri mereka. telah disebut dalam ayat al-quran, tidak berzina seseorang itu melainkan ketika itu mereka telah kehilangan iman. iman yang nipis juga menjadi punca terjadinya perbuatan ini. kurangnya didikan agama dari kalangan anak-anak kecil telah menyebabkan mereka mudah terikut-ikut dengan nafsu mereka sendiri hinggalah langsung tidak takut dengan hukum Allah, perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina disebat dengan 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin. dan kalau sudah berkahwin, mereka akan direjam di hadapan orang ramai.

Tidakkah mereka takut, gerun dengan hukuman ini. yang menjadi masalahnya ialah apabila ibu bapa meletakkan 100% hal-hal penjagaan anak mereka kepada pihak sekolah. seharusnya didikan anak-anak bermula dari rumah, jika anak-anak diabaikan tanpa dihiraukan pergerakan mereka, tidak mustahil suatu hari nanti sesuatu yang di luar dugaan kita akan terjadi, seperti yang terjadi sekarang, anak-anak remaja perempuan yang begitu bangga apabila dikatakan tiada dara, bangga melakukan seks sehingga ada yang melakukannya bersama 5 lelaki dan tidak menyesal. dapat kita lihat betapa hancurnya anak remaja pada zaman yang serba moden ini. moden dari segi teknologi tetapi jauh ketinggalan dari segi moral, sahsiah dan rohani.

‘Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.’

tazkirah remaja

mari kita baca selintas lalu tazkirah remaja di bawah :

Tazkirah Remaja: Pergaulan bebas hampiri zina

oleh Mohd Zawawi Yusoh


PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.

Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:

· Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

· Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.

· Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

· Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.

bila seronok sangat…

Bagaikan sudah menjadi trend remaja zaman moden sekarang ini, apabila ada saja sambutan atau apa jua acara yg berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan perkara maksiat. Ada yg mengambil dadah, tidak kurang juga yg minum arak, pil-pil khayal, berkelakuan tidak senonoh, pergaulan yg terlalu bebas sesama mereka tanpa segan silu. Tidak ketinggalan juga yg melakukan maksiat. Contoh terbaru yg kita dapat lihat, malam tahun baru. Kononnya nak sambut tahun baru bersama kawan-kawan, then tak sempat nak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah dengan sewa hotel-hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan. Beritahu mak ayah, kononnya tumpang bermalam di rumah kawan, tapi hakikatnya, hanya sesama mereka saja yg tau. Mak ayah pula percaya anak-anak kesayangan mereka. Sedih kan??

Dapat kita lihat dalam Kosmo! bertarikh 2 Januari 2008, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan bersama 5 org lelaki kerana tidur bersama di dalam sebuah bilik hotel murah. Dasyat! Mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu mereka bukan mahram dan salah dari segi hukum agama. Lebih menyedihkan apabila gadis tersebut sanggup merosakkan maruah dirinya sendiri. Tidak terfikirkah mereka betapa hancurnya hati mak ayah mereka jika tiba-tiba mendapat berita secanggih ini?

Satu lagi berita yg hangat sempena sambutan new year baru-baru ini, berlaku di salah satu pusat mainan air di negara kita, apabila lebih dari 10,000 pengunjung membayar RM100 seorang utk menyambut pesta ala pantai sempena nk sambut tahun baru. Cara mereka berpakaian, tentu anda semua dapat bayangkan bagaimana org putih pakai ketika berjalan-jalan di pinggir pantai sambil tubuh mereka dijemur di bawah sinaran matahari. Begitulah cara org kita berpakaian di pesta tersebut. Tidak hairan lah kalau org putih yang pakai. Tapi bila org kita yg pakai mcm tu, pelik lah. Tambah-tambah yg pakai tu pula Muslim..

Sudah terlalu sakit anak-anak remaja zaman sekarang, baik lelaki mahupun perempuan. Jadi kat mana silapnya? Siapa yg perlu kita salahkan? Adakah ibu bapa yg kurang mengawal pergerakan anak-anak kesayangan mereka? Adakah kurangnya didikan agama sama ada di rumah atau di sekolah untuk anak-anak sejak dari mereka kecil lg? Adakah anak-anak tu sendiri yg teramat degil mendengar nasihat, bebelan, leteran mak ayah mereka atau guru di sekolah?

pernikahan Muhammad dan Khadijah

“Dialah yg menciptakan kamu dari jiwa yg satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya…” – (al-A’raf:189)

Dalam bab ini dpt saya rumuskan sedikit sebanyak tentang Nabi Allah, Muhammad dan Khadijah..

Dia adalah Khadijah binti Khuwailid ibnu Asad ibnu Abdilm Uzza ibnu Qushay. Di Qushay lah datuknya yg ke-4, nasabnya bertemu dgn nasab Rasullullah. Ibu dan neneknya bernama Fatimah binti Zaidah dan Halah binti Abdi Manaf. Abdu Manaf sendiri adalah datuk ke-3 Rasullullah. Jadi, di sini, kita dapat lihat, dari ayah mahupun ibu, Rasullullah dan Khadijah memiliki hubungan kekerabatan yg dekat.

Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah an-Nabbasy ibnu Zurarah at-Taymi wafat dengan meninggalkan 2 anak lelaki-Hindun dan Halah. Suami keduanya adalah Athiq ibnu Aid al-Makhzumi dan memiliki seorg anak yg juga
diberi nama Hindun (perempuan).

Pada zaman Jahiliah, Khadijah digelar “wanita yg suci”. Dia dari kelurga yg mempunyai garis keturunan yg terhormat di suku Quraisy. Keluarganya terkenal dgn akhlak mulia dan sikap beagama yg jauh dari perbuatan nafsu.

******

Khadijah menghantar Nafisah untuk membantunya melakukan pendekatan awal utk menjejaki kemungkinan Muhammad menerima pinangannya. Dan setelah itu, Khadijah menjalankan sendiri semua proses yg harus dilakukannya.

Mari kita perhatikan ucapan Khadijah kepada Muhammad :

“Wahai anak pakcikku, aku berhasrat utk menikah denganmu atas dasar kekerabatan, kedudukanmu yg mulia, akhlakmu yg baik, kewibawaan moralmu, dan kejujuran perkataanmu.”

Muhammad menerimanya…

Alangkah bahagianya kan?? Kalau berpeluang untuk baca keseluruhan bab ini, tentu sahabat-sahabat semua akan rasa kagum sgt, terharu. Semua perasaan bercampur-campur. Secara jujurnya, sebelum ni, saya sendiri banyak yg belum tahu tentang kisah Khadijah dan Muhammad secara detail. Daripada hasil pembacaan ni, banyak yg saya tau tentang sirah Nabi Allah ini..

bila hati terpaksa membuat pilihan antara 2…

hasil nukilan ni di-copy dari seorg sahabat..fairuz liyana.hehe

dan semua kejadian yg diceritakan di bawah berlaku di bilik saya. nak amik nama jugak.hehe

sekadar kenangan…

oleh lillah: hahahaha… bukan senang dapat peluang meyemak kat blog owang len.. ye tak?? hahaha.. syok nyer. tajuk diberi oleh fairuz. so isi digoreng oleh lillah. situasi: nini ada je asik nak kacau laptop. kak mas dok nyakat2.. fairuz ngah bebel sambil mata dah ngantuk..

ehehe..

kami ngah meting ni actually.. meting tentang KASEH.. cuma heran ngan bebudak nih.. ni la dia realiti Mt, exco, ex Exco n NYDP 2 yg meting di bilik.. sambil baring.. sambil duduk peluk wabbit nini..sambil baca magazine (tajuk power wasiat imam syafie.. actually kebenaran sebnanyer….. kwang3 kantoi..)

“modul orang nak minta lillah bentangkan.. modul yg bagaikan risalah untuk rujukan adik2 akan datang, so penting untuk kita hasilkan modul yang mantap. Kita tknak modul kita kering takda idea, kita tunjukkan modul tu fresh dengan idea baru, so penting untuk kita sentiasa topup ilmu – cari idea-idea baru.” ucap fairuz.. kemudian terbaring dan tutup mata.. kemengantukan yg amat sgt.. (dia x sihat)
“nini.. sok meting nak cakap pe?”tanya saya.. well.. ckp gaya boss.. mmg boss pun. nydp2 ler..
“sok nak cakap ttg pembahagian tugas penggerak.. pastu terang tentang modul.”kata nini sambil pegang wabbit yang hidung pink bertelinga biru..
“ok. sekarang nak tanya.. em.. dah terangkan ke ”
kertas kerja ni xkisah sgt yg pntg jgn seram….
hoho…sdg mencari Slogan@ Tema yg bersesuaian untuk dijadikan objektif….
haha…apa nak tulis ni sbnrnya…yeye…fairuz datang…
otoman…..

yeaaa..aku plak ganti kak mas..setelah mata aku semakin kuyu disebabkan ubat dadah yang amat mengantukkan..huhu..( ni sebb kak mas paksa aku gi klinik la ni..isk2.. siap dr pelik aku sakit ke apa..isk2 )

” masalah budak-budak kena pantau dahulu ” lillah dengan serius tapi main2 wabbit sambil meting dengan nini. Nini terlalu serius sehingga susah nak di kacau. Tetapi bila kak mas buat lawak, satu bilik hingar bingar. hehe…

ting tong…mesagge sampai..oppss..dari siapa yek.. kami terus gelak-gelak. benda serius tapi gelak-gelak. Tapi isi kami tulis..dont wori.

ok..pada saat 2018, mereka meneruskan meting dengan serius kembali. Sambil lagu setanggi syurga berkumandang dari kumpulan inteam, kami meting serius, gelak, senyap balik..then sambung balik meting.

eh…lagu memori berkumandang. Lagu ‘ sebuah pertemuan ” mmbuatkan lillah mengimbau masa lalu. Kenangan manis lillah bertalu-talu datang ke mindanya..sehinggakan meting modul sekejap. Terus kak mas menukar lagu.erm..kak mas mengacau minda luar sedar lillah. Lillah terus tersedar dan kembali menyambung meting dengan nini.

tahu tak korang..sekarang dah pukul 12.37 am..tk sedar dan HAPPY new Year dah..hehe..selamat tahun baru 2009.

Meting diteruskan..jari aku terus menari-nari menaip, kak mas pemerhati yang setia melihat tarian jariku menari-nari atas keyboard ini. erm.. catat fairuz..catat..semua detik-detik ukhwah ini..tatapan adik-adik nanti. =)

Tiba-tiba wabbit ditinggal sendirian.. semua pakat serius membincangkan meting esok pagi. Lillah tak habis-habis menyambungkan ayat-ayatnya.Nini tak habis-habis menyalin note-note penting dari lillah. lagu terus berkumandang..oppss..lagu bestlaah.
Wow… lagu ratu syahadah la..Kak mas terangkat kening dia. Erm..terus teringat rumlah nk cari lagu bersatu_ raihan.

eh..mata aku yang mengantuk sangat2 tadi dah semakin segar. ermm..mungkin senaman jari-jari aku ni kot. kak mas macam kaget tengok aku begitu segar cam ni. Nak wat camner.. terpaksa segar untuk catat detik-detik ukhwah ini. Indahnya ukhwah atas namaNYA. =)

Kenangan kak mas semasa gerak kerja dahulu berlegar-legar di bilik kami. Kak mas, mantan kami sekarang dah nak LM dah.. dan besar dah kak mas. Hehe..
Tangkap-tangkap gambar..jangan tak tangkap. Lillah tukang tangkap gambar terus menangkap gambar selagi ada masa lapang.

Tkperlah..biarlah mereka meneruskan meting mereka. Dah takda idea dah. Lagu sekarang lagu raihan _ sesungguhnya. Esok meting kaseh pukul 9.00am. Disebabkan semua sahabat-sahabat Cg aku pergi badar 313 dan esok cuti, terpaksa pergi juga ke restu. Untuk memudahkan kerja mereka nanti. Taklah menunggu saya terhegeh-hegeh jalan dari Cg ke restu.

lillah kembali… i’m comin.. kih2.. actually cube nak kaitkan tajuk atas tu.. em tapi x da idea la. serius… apapun.. tajuk tu menarik.. kan2.. haha

well.. bila hati tepaksa membuat 2 pilihan.. antara nak rehat vs nak jalankan amanah.. mana 1?

hasilnya:

fairuz dah surrender atas carpet.
nini dok pegang buku catatan tapi lampu da tutup.
kak mas dah tegolek sambil baca magazin..
lillah dah segar da.. dok ngadap laptop..

====================================================

tadi nak tanya ydp ttg prog ni. apa yg dia nk bawa dlm prog ni.. tapi bateri dia habis..huhu.. kecewa.. last2 dpt msg bgtau yg dia tgh on the way nak g program cegah maksiat mlm tahun baru.. dia suruh doa kan…

hm..

yg muslimin dok berjuang di sana..

yg muslimat dok berjuang di sini…

semoga kita semua istiqamah dan hepy dgn jalan bahagia ni…

p/s: mekasih kpd tajaan bilik nini.. ^_^ walopun x dela best mane tapi kami redha.. hwa2!

time for breakfast n lunch..hmm

buat sahabat2 sya yg comel n comot…

tadi baru ja balik dari cafe. makan ramai2 ngn kawan2 seangkatan yg comot2 belaka. lillah, fairuz n romlah. org mkn breakfast tp kami makan utk kedua2nya sekali, ye la save budget la katakan.hee.. fairuz ambik begedil (ntahla eja btul ke tak, tp xkisahlah) ngn tempe. lillah comot lak ambik ayam goreng, tomato, ulam skit. dan si romlah lak tiru lillah, makan mkanan yg sama. ish3 romlah2..hehe

aktiviti yg kami buat lepas makan breakfast ngn lunch…”makan choki-choki”…(gambar-in progress. ada prob skit.hehe. mesti sahabat2 comot saya dah tak sabar nak tgk kan.)

abih ja mkn choki-choki, fairuz pn nk balik dh. sbb dia kena pi program “kem bina insan” petang ni. terpaksa la hantar bdk yang sorg ni, takut dia sesat lak, maklumla bdk CG, mana la besa ngn tempat org ni.hehe. nanti kita jmpa lagi ye fairuz (“,)
all the best untuk petang nanti n esok tau. jaga adik2 n kakak2 n abg2..huhu

samb. dari tulisan sebelumnya…

di sini adalah sambungan dari artikel yang sebelumnya..
sedikit kata-kata di bawah sekadar untuk penghayatan kita semua sama ada lelaki atau perempuan..
petikan ni saya ambil dari majalah “anis” milik lillah yg saya baca semalam. jd saya masukkan dlm blog ni, sbb mungkin berkaitan..

tiket syurga bagi para isteri ibarat berada di tangan suami. ini kerana laluan para isteri untuk masuk ke syurga bergantung pada sejauh mana suami redha terhadap mereka dalam keadaan mereka patuh kepada segala suruhan Allah yang lain.

redha Allah ke atas isteri bergantung kepada redha suami, barulah ia digolongkan sebagai isteri yang solehah.

soal wanita itu bekerja di luar rumah atau di rumah tak timbul. wanita yang sepenuh masa di rumah, kerjanya juga banyak. cuma kebijaksanaannya saja yang boleh membantu dia menyelesaikan tugas-tugas ini.

Hadith tentang mentaati seseorg yg bergelar….

Salam ukhuwah buat sahabat2 semua…

Di sini saya nak berkongsi apa yang saya baca baru-baru ni dalam internet berkenaan dengan…hadith tentang mentaati suami.

Kita hidup dalam suatu zaman di mana ketaatan pada suami walau dalam perkara ma’ruf adalah sesuatu yang semakin pudar. Sesetengah wanita pula membebankan suaminya dengan pelbagai permintaan bukan-bukan sehingga menyebabkan sesetengah suami terpaksa berhutang untuk memenuhi kehendak isteri. Wanita-wanita yang tidak mensyukuri apa-apa yg diberi suami juga semakin banyak di zaman ini. Kesannya di akhirat adalah sangat berbahaya. Di sini dikongsikan beberapa hadith buat tatapan kita semua. Semoga kita dijauhkan dari seruan-seruan Jaahiliyyah oleh Sisters in Islam dan kuncu-kuncunya yang mahu menidakkan hak-hak seorang suami dalam Islam yang merupakan pemimpin dan nakhoda dalam rumah tangga dan bukan hamba yang menjadi pak turut kepada semua kehendak isterinya.

Di bawah ni antara beberapa hadith yang dibincangkan..

“Apabila seseorang wanita solat 5 waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan MENTAATI suaminya maka akan dikatakan kepadanya: Masukilah syurga dari mana-mana pintu yang kau kehendaki.”

(Riwayat Ahmad dan dihukum Sahih oleh Al Albaaniyy)

Jadi macam mana? rasa seronok tak diberi ganjaran sehebat ni? Kalau saya lah, bahagianya, yela mana tak bahagianya, dapat pilih nak masuk syurga pulak tu. Tapi syaratnya, kenalah buat semua benda-benda tu..solat cukup, puasa pun cukup, jaga maruah, jgn derhaka kat suami lak ( bila dah kahwin nanti la.hee).

Ni ada lagi satu hadith yang lain..

“Aku melihat ke dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita. Mereka telah kufur. Sahabat bertanya: Adakah mereka kufur kepada Allah? Nabi menjawab: Mereka kufur kepada suaminya dan kufur dengan kebaikan suaminya. Kalaulah seseorang di antara kamu berbuat kebaikan kepada mereka dalam masa yang panjang lalu mereka melihat sesuatu yang tidak disenangi padamu nescaya mereka akan berkata: Aku tidak pernah melihat apa kebaikan pun pada dirimu.

(Riwayat al Bukhari)

Kali ni macam mana pulak bila baca hadith ni?ada rasa takut tak bagi kaum-kaum hawa yang akan bergelar isteri suatu hari nanti (insyaAllah)? Hmm, saya takut..takut kalau termasuk dalam golongan yang disebut kat atas ni. Na’uzubillah..mohon dijauhkan.

.…… tidak boleh seorang manusia sujud kepada manusia yang lain. Kalaulah dibenarkan seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain maka aku akan menyuruh wanita itu sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas wanita itu. Demi Allah kalaulah di kaki hingga kepala suami tersebut terdapat luka yang mengeluarkan darah dan nanah lalu si isteri menjilatnya maka dia belum menunaikan hak suaminya.

(Riwayat Ahmad dan dihukum Sahih oleh Al Albaaniyy)

Wow..dapat bayangkan tak betapa tinginya martabat seorang yang bergelar lelaki (suami).

“Mana-mana wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha padanya nescaya dia akan masuk syurga.”

(Riwayat Ibn Majah dengan sanad yg lemah)

Kat sini huraiannya…


Apabila wanita itu melakukan kewajipan kepada suaminya, menunaikan kefardhuan yang diwajibkan kepadaTuhannya dan meninggalkan apa yang diharamkan Allah maka sesungguhnya itu adalah sebab untuk masuk syurga dengan kehendak dan rahmat Allah…

Jadi, jauhilah dari sikap tidak mensyukuri pemberian dan jasa suami kerana ini adalah antara HIGHWAY UTAMA ke neraka.

Kepada sahabat-sahabat yang ada membaca perbincangan ni, dan ada yang ingin dikongsi bersama, dialu-alukan. Saya sekadar ingin berkongsi. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan-Nya..AMIN

« Older entries